Skip to main content

Running a home-based food business is not only about making delicious food and getting customers. To build a sustainable business, entrepreneurs need to understand how much they are actually spending to produce and sell each product. Knowing your real costs helps you set the right selling price, avoid unnecessary losses, and make better financial decisions as your business grows.

Start by calculating the cost of your ingredients. This includes everything from rice, flour, meat, vegetables, spices, cooking oil, sauces, and other ingredients used to prepare your food. Even small ingredients should be considered because their costs can add up over time. Keeping a simple record of how much you spend on ingredients for each product will help you understand your actual cost per serving or order.

Packaging is another cost that home-based food sellers should not overlook. Food containers, plastic bags, paper boxes, stickers, labels, and other packaging materials all contribute to the total cost of a product. You should also consider other operating expenses such as gas, electricity, delivery costs, and platform fees where applicable. Understanding these expenses gives you a clearer picture of how much your business really needs to spend to complete each order.

Once you know your total costs, you can set a selling price that allows your business to make a reasonable profit. Avoid setting prices based only on what other sellers are charging because every business has different costs. A product may appear profitable at first, but after adding packaging, delivery, and other expenses, the actual profit may be much smaller. Reviewing your prices regularly can help you adjust to changes in ingredient and operating costs.

Dapur Mudah can support home-based food entrepreneurs by helping them showcase their products and connect with customers. However, sellers should still understand their own costs and profit margins before deciding how much to charge. Keeping track of sales and expenses can help entrepreneurs identify which products are performing well, which products may need price adjustments, and where they can reduce unnecessary spending without affecting food quality.

Understanding your numbers gives you greater control over your business. You do not need complicated accounting systems to get started—simple notes, spreadsheets, or digital records can be enough for a small business. By tracking costs, setting suitable prices, monitoring profits, and reviewing your finances regularly, you can make smarter decisions and build a stronger food business that can grow sustainably over time.

____________________________________________

Kenali Angka Anda: Memahami Kos Sebenar Perniagaan Makanan

Menjalankan perniagaan makanan dari rumah bukan sekadar menghasilkan makanan yang sedap dan mendapatkan pelanggan. Untuk membina perniagaan yang mampan, usahawan perlu memahami jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk menghasilkan dan menjual setiap produk. Mengetahui kos sebenar dapat membantu anda menetapkan harga jualan yang sesuai, mengelakkan kerugian yang tidak disedari dan membuat keputusan kewangan yang lebih baik apabila perniagaan mula berkembang.

Mulakan dengan mengira kos bahan mentah. Ini termasuk segala-galanya seperti beras, tepung, daging, sayur-sayuran, rempah, minyak masak, sos dan bahan lain yang digunakan untuk menyediakan makanan. Walaupun bahan yang digunakan dalam jumlah kecil perlu diambil kira kerana kosnya boleh terkumpul dari semasa ke semasa. Menyimpan rekod ringkas tentang jumlah perbelanjaan bahan untuk setiap produk dapat membantu anda mengetahui kos sebenar bagi setiap hidangan atau tempahan.

Kos pembungkusan juga merupakan perbelanjaan yang tidak boleh diabaikan oleh penjual makanan dari rumah. Bekas makanan, beg plastik, kotak kertas, pelekat, label dan bahan pembungkusan lain semuanya menyumbang kepada jumlah kos produk. Anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan operasi seperti gas, elektrik, kos penghantaran dan caj platform jika berkenaan. Dengan memahami semua perbelanjaan ini, anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang jumlah kos sebenar untuk menyiapkan setiap tempahan.

Setelah mengetahui jumlah kos, anda boleh menetapkan harga jualan yang membolehkan perniagaan memperoleh keuntungan yang munasabah. Elakkan menetapkan harga hanya berdasarkan harga yang dikenakan oleh penjual lain kerana setiap perniagaan mempunyai struktur kos yang berbeza. Sesuatu produk mungkin kelihatan menguntungkan pada awalnya, tetapi selepas mengambil kira kos pembungkusan, penghantaran dan perbelanjaan lain, keuntungan sebenar mungkin jauh lebih kecil. Menyemak harga secara berkala dapat membantu anda menyesuaikan harga dengan perubahan kos bahan dan operasi.

Dapur Mudah boleh membantu usahawan makanan dari rumah mempamerkan produk dan berhubung dengan pelanggan. Walau bagaimanapun, penjual tetap perlu memahami kos dan margin keuntungan sendiri sebelum menentukan harga jualan. Mencatat jualan dan perbelanjaan dapat membantu usahawan mengenal pasti produk yang mendapat sambutan, produk yang mungkin memerlukan pelarasan harga serta bahagian perniagaan yang boleh mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan kualiti makanan.

Memahami angka kewangan memberikan anda kawalan yang lebih baik terhadap perniagaan. Anda tidak memerlukan sistem perakaunan yang rumit untuk bermula—catatan ringkas, hamparan elektronik atau rekod digital sudah memadai untuk perniagaan kecil. Dengan merekod kos, menetapkan harga yang sesuai, memantau keuntungan dan menyemak kewangan secara berkala, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak serta membina perniagaan makanan yang lebih kukuh dan berkembang secara mampan.

Leave a Reply